Lakaran tinta berpencak!

Rabu, 4 Mac 2009
Seminar dan bengkel


Program ini telah berjaya disempurnakan di Dewan Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek.

Antara slot yg telah dijalankan adalah :

Slot 1 : Belum cuba belum tahu

Tiga objek diletakkan dihadapan para peserta. Mereka perlu beikhtiar untuk mengolah apa yang dilihat dan menterjemahkan dalam bentuk penulisan. Objek tersebut adalah sebuah rehal, Al Quran dan sebentuk cangkerang. Disamping itu, sedikit curahan idea dilontarkan oleh ustazah Saidah binti Mokti sebagai seorang moderator slot ini.

Slot 2 : Talk Show bersama akademi penulis Mesir

Pelbagai persolan diajukan kepada wakil daripada akademi penulisan iaitu ustaz Syafiq bin Zulakifli (wakil BPP), Ustazah Zainab binti Haron (wakil Tunas Karya - Iskandariah) dan ustazah Fadhlina binti Yusof (wakil AKAR - Mansurah). Bermula dari sejarah penubuhan hingga kepada aktiviti-aktiviti terkini dijelaskan. Tidak dilupakan juga nama-nama yang telah mencipta nama hasil daripada didikan akademi ini.

Slot 3 : Bedah Karya

Karya yang dihasilkan pada slot pertama di bedah dalam slot ini.Sammaituha Najwa yang menjadi moderator selaku hakim kepada karya-karya ini telah menjelaskan konsep penulisan sebenar. Pelbagai tips dan kaedah-kaedah dibentang bagi memperbaiki kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam karya peserta.

Seputar gambaran ketika program



Ucapan oleh pengarah Kelap





Ustazah Saidah memberi info tentang tiga objek tersebut





Peserta mula mengarang.






Seorang peserta membentangkan imaginasinya.






Slot 2. Dari kiri Ustaz Asri selaku pengerusi. Ustaz syafiq, Ustazah Zainab dan Ustazah Fadhlina.






Slot bedah karya. Kiri Ustazah Sammaituha Najwa






Seorang peserta wanita membaca karyanya dan menyampaikan maksud.






Seorang peserta lelaki cuba menjelaskan maksud puisinya.



♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

1 suara:

  • Howdy! Quick quеѕtion that's completely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My weblog looks weird when browsing from my iphone 4. I'm trying to find
    a themе or plugin thаt might be аble to fix thiѕ pгoblem.
    If yоu haνe any suggeѕtionѕ, pleasе shаre.
    Cheers!

    Take а look at my web pаge www.vapornine.com
    Also visit my weblog