Puisi Ramadhan

Jumaat, 19 Ogos 2011 0 suara

Pejuang Agama Ilahi

Ternanti-nanti kedatangannya
seakan rindu berbunga semula
sejarah lalu menerjah minda
saat Islam dijulang selamanya.

Peristiwa lalu kian diingati
kekasih tercinta mengorbankan diri
bersama sahabat mengikrar janji
mempertahankan agama yang bersih suci.

Medan Badar saksi utama
313 pejuang agama
menaruh jiwa,harta dan masa
Islam tercinta sandaran jiwa
syurga ilahi dambaan mereka.

Lapar dan dahaga bukan penghalang
melakar sejarah penuh gemilang
santapan generasi umat dibelakang
membentuk jatidiri seorang pejuang
tidak gentar musuh datang
tetap bertahan hingga kecundang.

Takdir Allah tiada siapa mengetahui
kemenangan dirai ganjaran dinanti
begitulah manisnya Islam disayangi
segalanya berkorban tanpa meragui
janji tuhan sesungguhnya pasti



[ Zhonni Abdi ]
Masakin Uthman,
Madinah Nasr
20 Ramadhan 1432 H
Baca Sepenuhnya >>